Pages

Friday, April 26, 2013

Yang Berhormat

ACAP kali kita didendangkan dengan pelbagai ceramah bila mana demam Pilihan Raya. Pelbagai fakta dan auta seringkali kita disemburkan dengan pelbagai cara penyampaian dengan pelbagai nada tanpa mengira siapa yang berada dihadapan mereka. Mungkin inilah dinamakan dunia politik yang hanya berpaksikan objektif yang iaitu menang. Jika diamati dari pebagai sudut banyak yang boleh dibicarakan dengan tajuk ini cuma buat masa ini biarlah kita bicarakan dan renungkan ungkapan YB atau YANG BERHORMAT... Selalunya selepas pilihanraya pastinya ada yang menang dan ada yang tewas serta ada juga sehingga jatuh tersungkur hingga hilangnya deposit pencalonan. Calon menang pastinya senyumnya tidak terkata. Ini kerana bukannya mudah untuk mendapat gelaran yang digelar YB. Bermula dengan menjadi ahli, bertanding cawangan, bahagian seterusnya peringkat yang lagi gah dalam sesebuah parti. Namun yang paling menjadi ukuran adalah wujudnya pengikut seterusnya kepercayaan dari peringkat tertinggi parti itu sebelum dipilih menjadi calon. 

HAKIKATNYA YB adalah satu jawatan yang diwujudkan oleh rakyat dan digajikan oleh duit rakyat  melalui pembayar cukai individu mahupun syarikat. RAKYAT adalah sebenarnya BOS kepada mereka. mereka hanyalah orang suruhan kita. KENAPA ??.. kerana undi kita lah mereka bergelar YB.... oleh yang demikian mengapa bila YB yang telah menang kita sambut dengan sebegitu gah bila mana mereka datang ke kawasan kita. Adakah tidak wajar jika mereka datang hanya sepertimana mereka datang semasa berkempen masa pilihan raya ....  Renungkan lah...



Thursday, April 25, 2013

RENungan Bersama...



Petikan dari Sahabat..

Assalamualaikum sahabatku semua...

Tujuan memaparkan gambar ini bkn la berniat utk mengaibkan sesiapa...hanya sekadar utk kita jadikan ikhtibar... malam tadi 9 mei 2012 sekitar jam 12.30am sy menziarahi jiran sy yg telah dijemput Allah pulang ke rahmatullah... masa sy tiba.. ada beberapa org diluar surau.. dan ada tiga org disini jenazah..dua darinya sedang berbual bertanyakan hal penyebab kematian..yg seorg lagi sedang membaca Yassin...

selepas memberi salam dan berjabat tgn ..sy terus sedekahkan surahYassin buat arwah.. ketika dua helaian terakhir surah Yassin dibaca sy dapati tiada siapa lagi disisi jenazah mau pun disisi sy.. yg tinggal hanya sy dan Arwah..

Ya Allah... Hanya ENGKAU sahaja mengetahui perasaan ini.. tinggallah jenazah ini tanpa ditemani anak isteri mau pun saudara mara.. sy jadi serba salah.. kalau sy tinggalkan juga ..maka bersendirian la ia..

tanpa sy sedar airmata ini menitis.. membayangkan keadaan diri sy nanti..adakah yg menemani sy nanti hingga ke kuburan..adakah yg akan menghadiahkan sy surah2 suci buat penenang diri di alam sana...

sahabatku... benarlah sabda Rasulullah SAW Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya :

"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "


Apabila kita mati tiada siapa lagi yg akan menemani kita... hanya Amalan yg akan menemani kita.. ayuhlah sahabatku.. kita menginsafi diri kita.. lupakan segala kejahatan yg lama..Allah itu maha pengampun.. kita kemabililah menjadi hambanya yg bertaqwa.. dunia hanya persinggahan , tiada yg kekal diatas muka bumi ini..semuanya pasti akan merasai mati...

perbanyakkanlah amalan utk kita bawa pulang ke sana nanti...

p/s ; kepada anak2.. apabila perkara ini terjadi kpd ibu bapa anda atau kaum kerabat anda..jgn lah tinggalkan org yg anda kasihi sendirian..temani la ia sampai kekuburan.. jgnlah hanya semasa hidupnya sahaja kamu memerlukannya.. dia juga memerlukan mu semasa matinya...berdoalah setiap hari utk mereka dialam sana.. doa2 anak yg soleh akan menyelamatkan mereka dari seksa kubur..Insyallah...

Maafkan sy andai coretan ini membuatkan ada yg tidak senang....Jika Pesanan Ini Berguna Untuk Anda Sila SHARE Pada Sahabat2 Anda....

Walllahualam..

Senikata Lagu..


Tanak BN...

Kami orang Sabah..Didodoi lagu BN,
Janji ditepati..Jalan berlubang-lubang
Rumah PPRT...Macam kandang ayam Tiada guna..

Bagi tangki Biru, Tadah air Hujan
Janji Lotirik..hanya pasang tiang
Gelombang Biru.. janji siang-siang
Pandai butul tembirang..

Cho:

Bilang 1 Malaysia.. bikin gaduh saja..
Janji ditepati.. tipu pilihanraya
Kami sudah bangun..berjalan di tabasan ..
pakai adidas kampong..

Ini Kali lah.. pensil sudah tajam
Kita Pangkah Roket, Mata atau Bulan
Dacing Sudah Rosak.. kita jual sana.. kedai besi Buruk

Tidak diam lagi.. rakyat mesti lawan
Kita undi pakatan.. rakyat jadi tuan..
Lawan tetap lawan..kita sama-sama
Menuju putrajaya..