Pages

Friday, April 26, 2013

Yang Berhormat

ACAP kali kita didendangkan dengan pelbagai ceramah bila mana demam Pilihan Raya. Pelbagai fakta dan auta seringkali kita disemburkan dengan pelbagai cara penyampaian dengan pelbagai nada tanpa mengira siapa yang berada dihadapan mereka. Mungkin inilah dinamakan dunia politik yang hanya berpaksikan objektif yang iaitu menang. Jika diamati dari pebagai sudut banyak yang boleh dibicarakan dengan tajuk ini cuma buat masa ini biarlah kita bicarakan dan renungkan ungkapan YB atau YANG BERHORMAT... Selalunya selepas pilihanraya pastinya ada yang menang dan ada yang tewas serta ada juga sehingga jatuh tersungkur hingga hilangnya deposit pencalonan. Calon menang pastinya senyumnya tidak terkata. Ini kerana bukannya mudah untuk mendapat gelaran yang digelar YB. Bermula dengan menjadi ahli, bertanding cawangan, bahagian seterusnya peringkat yang lagi gah dalam sesebuah parti. Namun yang paling menjadi ukuran adalah wujudnya pengikut seterusnya kepercayaan dari peringkat tertinggi parti itu sebelum dipilih menjadi calon. 

HAKIKATNYA YB adalah satu jawatan yang diwujudkan oleh rakyat dan digajikan oleh duit rakyat  melalui pembayar cukai individu mahupun syarikat. RAKYAT adalah sebenarnya BOS kepada mereka. mereka hanyalah orang suruhan kita. KENAPA ??.. kerana undi kita lah mereka bergelar YB.... oleh yang demikian mengapa bila YB yang telah menang kita sambut dengan sebegitu gah bila mana mereka datang ke kawasan kita. Adakah tidak wajar jika mereka datang hanya sepertimana mereka datang semasa berkempen masa pilihan raya ....  Renungkan lah...



No comments:

Post a Comment