Pages

Tuesday, June 5, 2012

Pendapat - Saya yang menurut perintah

Pelbagai tafsiran yang telah dikemukakan mengenai istilah " saya yang menurut perintah". Namun adakalanya ianya bersifat lebih kepada positif mahupun negatif. Frasa ini kadang-kala disalaherti oleh sesetengah pihak.

Mereka merasakan mereka wajib mengikut arahan tanpa usul periksa. Oleh itu marilah kita melihat mengapa perkara ini boleh berlaku.

Pertama, saya berpendapat ruang perbincangan di antara pemberi arahan dan penerima arahan perlu dibuka dengan lebih telus dan berkesan. Mahu tidak mahu, ada di antara penerima arahan berasakan diri mereka tidak wajar atau tidak layak mengulas lanjut mengenai arahan yang diberikan.

Ketika inilah peranan pemberi arahan amat diperlukan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menyatakan ‘era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu’ yang memerlukan setiap ketua-ketua di sektor awam harus mempraktikkan komunikasi dua hala dengan pekerja mereka.

Selain daripada hanya memberi arahan, tanya pendapat mereka mengenai arahan yang diberikan. Wujudkan ruang perbincangan kerana ‘walaupun saya ketua tidak semestinya saya sentiasa betul’. Persekitaran seperti ini akan melahirkan pekerja yang lebih proaktif dan dinamik.

Kedua, keberanian menyuarakan pendapat sering disalahertikan sebagai degil dan melawan arahan. Penerima arahan yang sering menyuarakan pendapat dilabel sebagai tidak suka kepada majikan.

Percaya atau tidak, ada pekerja yang dipulaukan kerana alasan sedemikian. Ini juga harus diubah. Menyuarakan pendapat adalah perkara yang sangat perlu bagi melahirkan pekerja yang rajin berfikir.

Mereka yang hanya mengikut arahan tanpa soal kadang-kala mereka yang sudah tidak mahu berfikir kerana takut dilabel degil oleh pekerja lain. Di sini, sekali lagi peranan ketua jabatan amat diperlukan.

Jangan melabel orang yang memberi pendapat itu sebagai orang yang suka melawan. Bak kata penulis mungkin ada jalan yang lebih murah dan efektif yang dicetuskan ideanya oleh penerima arahan.

Secara ringkasnya, frasa ini boleh diperbetulkan dengan sebahagian besar peranannya dimainkan oleh pemberi arahan. Jangan jadikan frasa ini sebagai satu tiket untuk berasakan diri anda berkuasa untuk jawatan anda.

Walaupun nampak remeh, memperbetulkan tafsiran salah frasa ini mungkin dapat merealisasikan ‘1Malaysia’ dengan jayanya. Pengalaman memang mendewasakan kita, tetapi jangan pula menganggap apa yang kita lalui itu sentiasa betul.

Adakalanya kita memerlukan idea daripada mereka yang lebih muda daripada kita. Jangan takut menghadapi kesilapan, tetapi takutlah menghadapi kesilapan sama berulang kali.

No comments:

Post a Comment