Pages

Tuesday, June 5, 2012

Sistem Komunikasi bermula di negara mana?

Selepas bertungkus lumus menggali sebuah kawasan tinggalan sejarah sedalam 1000 meter, ahli arkeologi Sweden telah menjumpai cebisan wayar tembaga berusia 1,000 tahun. Para saintis dan ahli arekologi Sweeden membuat kesimpulan bahawa penemuan itu membuktikan 1,000 tahun dahulu, nenek moyang mereka sudah mempunyai sistem komunikasi yang menggunakan wayar tembaga.
Berita ini mengejutkan ahli-ahli sejah dan saintis Britain. Seminggu kemudian mereka menggali sebuah kawasan tinggalan sejarah di utara negara itu dan selepas menggali sedalam 2,000 meter, mereka menemui sesuatu yang amat mengejutkan. Surat khabar di Unted Kingdom keesokkannya menyiarkan berita ahli-ahli arkeologi British telah menjumpai cebisan kabel Fiber-Optik berusia 2,000 tahun. Setelah diteliti ahli-ahli sejarah dan saintis British membuat kesimpulan bahawa penemuan itu membuktikan nenek moyang mereka sudahpun mempunyai rangkaian komunikasi digital yang berteknologi tinggi 1,000 tahun lebih dahulu berbanding Sweeden…
Seminggu kemudian, Surat khabar Bangladesh pula mengeluarkan berita: selepas menggali sedalam 5,000 meter di sebuah ladang bertempat di Chitta-Gong, ahli-ahli arekologi kita tidak menemui apa-apa. Oleh itu, ahli arekologi dan saintis negara tersebut membuat kesimpulan bahawa 5,000 tahun dahulu nenek moyang mereka telah mempunyai sistem rangkaian komunikasi tanpa wayar…!!

No comments:

Post a Comment